<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6420075676340342843?origin\x3dhttp://kembarasastera-haiqal.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

07 December 2007

Sekiranya aku tahu...
Hanya satu penyakit boleh merubahkan kehidupan aku. Aku tidak bisa untuk meneruskan kehidupanku seperti biasa. Walaupun denagn wang harta, aku pasti itu tidak akan menggantikan nyawaku. Aku tidak bisa untuk terus menangis dan berasa sedih sementara menunggu hari terakhirku.

Aku berasa terdiam membisu pabila aku diberitahu oleh doktor bahawa aku menghidapi Kanser dan aku berada di peringkat kritikal. Aku hanya diberi selama satu bulan untuk berhidup bersama yang dicintai dan terpaksa meninggalkan mereka setelah itu. Aku berasa takut dan keliru. Otakku tidak pernah berehat kerana aku sering memikirkan hal ini dan aku juga sering bertanya pada diriku mengapa aku harus menderita siksaan ini. Aku berasa serba-salah untuk memberitahu penyakit yang aku derita ini kepada ibuku. Aku ingin berahsia hal ini kerana aku tidak mahu dia berasa tersiksa melihat aku mati perlahan-lahan.

Karina, jururawat peribadiku, yang sering memberiku sokongan. Dia adalah seorang gadis yang cantik dan berbaik hati. Aku percayakan dia bahawa dia boleh menyimpankan segala rahsia yang aku tempuhi. Tetapi, aku berasa semakin terseksa selepas menjalani Kemoterapi. Tiada siapa boleh memahami kesakitan yang aku alami dan tiada siapa boleh memahami perasaan aku pada detik-detik itu. Aku ingin berjerit tetapi aku menahannya supaya rahsiaku tidak akan diketahui oleh sesiapa. Rambutku mula gugur dan aku berasa sungguh bimbang. Aku mengambil keputusan untuk berhenti menjalani Kemoterapi. Pada saat aku mengutuskan keputusanku, aku ternampak ibuku terjatuh daripada tangga dan aku dengan segera membantunya. Dahinya berdarah selepas kepalanya terhentak dengan sebuah pasu yang dibelinya dari Turkey. Dengan segera, aku dan Karina membawanya ke hospital untuk dirawati. Setelah satu jam kami menunggu di luar bilik ICU dan aku berasa sangat kecewa. Ini kerana ibuku kehilangan pandangan matanya. Ini mungkin satu berita baik untukku dan mungkin satu berita buruk untukku. Aku buntu, haruskah aku berasa bersyukur atau berasa bersalah? Karina terus menyuruhku meneruskan Kemoterapi itu setelah ibuku tidak akan pernah nampak keguguran rambutku dan ini akan lebih mudahkan untukku teruskan rawatan itu.


Sedemikian, aku terus untuk menjalani rawatan itu. Hari ke hari, rambutku semakin tipis. Dan semakin tipis rambutku, semakin tipis peluangku untuk teruskan kehidupanku. Hanya 5 hari lagi sebelum hari terakhirku dan aku berasa sungguh sedih untuk meninggalkan ibuku yang buta ini. Jasa baiknya, tidak aku terbalas dan akhirnya aku meninggalkanya dengan satu parut yang dalam. Karina memberitahu aku supaya memberitahu ibuku sebelum satu perpisahan yang pilu yang akan berlaku tidak lama lagi. Dengan pujukkan dan rayuan Karina, aku mengambil keputusan untuk memberitahu ibuku. Aku memberitahu ibuku perkara yang sebenar dengan hati yang pilu dan perasaan yang sangat sedih, akhirnya semuanya berakhir dengan satu peristiwa yang mengejutkan.

“Ibu tahu, Ibu nampak. Kesakitan dan seksaan yang kamu hadapi selama ini dan rambutmu yang tiada lagi, ibu nampak sayang. Ibu terpaksa berbohong untuk kebaikanmu juga. Ibu tidak sanggup untuk melihat anak ibu menderita secara diam-diam. Itu sebab, ibu bersandiwara dan maafkanlah jika ibu telah menipu kamu. Ibu ingin kamu terus menjalani Kemoterapi untuk kebaikanmu dan ibu sentiasa berdoa supaya kamu diberi masa yang lebih lama untuk hidup.” Kata ibuku.

Sejerus itu, darah terus mengalir keluar daripada mulutku. Mereka bergegas membawaku ke hospital dan itulah kali terakhir hidupku. Aku sempat menuliskan surat ini kepada adikku yang berjauhan sejak dia berangkat ke London tahun lalu. Aku ingin memesankannya untuk menjaga ibu dan sering menjadi anak yang baik. Aku sempat menceritakan segalanya sebelum aku meninggalkan mereka, aku ingin mereka tahu tentang ini. Ini adalah kali terakhir aku menulis dan aku berasa semakin sakit dan aku otakku semakin buntu. Kesakitan itu semankin dirasai dan…………..


“Abangmu tidak sempat untuk mengakhiri surat ini kerana sebelum dia sempat mengakhiri surat ini, dia telah pun meninggalkan kami semua. Ibu berasa sungguh sedih dan itulah saat-saat yang sungguh memilukan.” Kata ibuku kepada aku mengenai kisah pahit kehidupan yang dilaluinya. Aku berasa sungguh kecewa kerana tidak berada di sisi mereka semasa waktu itu. Kini, aku hanya boleh mendoakan yang terbaik untuk abang kesayanganku itu.


~ { 12:44 AM }
ONELOVE- HAIQAL DANGduts!