Pesta Budaya

Pada malam 8 Ogos lalu, sehari sebelum Hari Kebangsaan, saya dan teman-teman sedarjah saya telah pun pergi ke Victoria Theatre untuk menyaksikan satu pementasan tentang budaya melayu.
Setiap persembahan pada malam itu sungguh menarik dan pada masa yang sama setiap kumpulan haruslah menyampaikan sesuatu yang mengenai budaya melayu. Saya amat tertarik dengan kumpulan pertama yang membuat persembahan pada malam itu kerana persembahan mereka amatlah lucu dan penuhi dengan nyanyian dan tarian. Tetapi, jangkaan saya bahawa mereka akan menjadi juara pada malam itu salah setelah kumpulan yang ketiga pada malam itulah yang menjadi juara pada malam itu. Persembahan mereka telahpun menarik perhatian saya kerana mesej yang mereka ingin menyampaikan itu cukup jelas untuk semua yang menonton memahami setiap gerakkan persembahan mereka. Mesej yang mereka inging menyampaikan kepada semua ialah tentang pantang larang.
Persembahan mereka itu menunjukkan beberapa remaja pergi berkelah dan tidak mematuhi segala pantang larang yang mereka harus mematuhi semasa mereka berkemah di sesuatu tempa itu. Malahan, ada salah seseorang daripada mereka selalu menasihati teman-temannya supaya selalu menasihati tentang pantang larang yang mereka harus mematuhi. Bukan sahaja menyampaikan mesej pantang larang pabila berada di dalam hutan, malahan mereka juga menyelitkan sedikit pantang larang yang terkeluar daripada situasi mereka. Seperti anak dara tidak boleh menyanyi pabila berada di dapur kerana akan mendapat seorang suami yang tua. Dan juga mereka menyanyi beberapa lagu dan menjoget beberapa tarian yang tidak kurang hebatnya.
Setelah kesemua acara itu tamat, saya rasa lebih dekat dengan budaya dan juga bahasa melayu. Mungkin, ini adalah salah satu cara untuk setiap guru mendekatikan setiap pelajar melayu untuk memahami budaya melayu selain daripada mengajar mereka dengan perkataan sahaja.