Saya berasa sungguh gembira dan ghairah apabila saya tiba di Genting. Ini kerana sudah lama saya tidak berkunjung ke Genting. Keadaan di situ sungguh sejuk, apatah lagi kami tiba disana ia baru sahaja hujan. Saya bergigil kesejutan kerana saya hanya memakai baju t-shirt yang tipis dan saya tidak membawa baju sejuk. Tetapi, saya rasa seronok untuk berada dalam keadaan kesejukan. Saya juga berasa bertuah kerana bilik hotel yang kami tinggal berhadapan dengan permainan taman tema luar.
Setelah kami selesai menjamu sarapan pagi, kami terpaksa meninggalkan tempat itu kerana koc kami sudah pun tiba di pusat pertukaran bas Genting pada jam 11.30 pagi untuk membawa kami ke hotel kami di Kuala Lumpur. Saya berasa tidak sabar untuk menaiki koc dua tingkat kerana saya tidak pernah menaiki koc sebegitu. Tetapi akhirnya saya menyesal kerana duduk di tingkat atas sungguh tidak selesa. Kepala saya pusing dan saya ingin termuntah. Tetapi kesakitan itu tidak terasa lagi pabila saya tiba di Kuala Lumpur kerana saya tidak sabar untuk membeli-belah di situ. Setibanya kami di bilik hotel, kami terus menletakkan beg kami dan pergi ke restoran berdekatan untuk menjamu makan tengah hari. Setelah selesai makan tengah hari, kami sambung membeli-belah di pusat membeli-belah berdekatan seperti pusat membeli-belah Times Square and juga Petaling Street.Saya suka pergi ke pusat membeli-belah Times Square kerana ia mempunyai banyak butik dan kedai-kedai yang menjual aksesori dan kasut. Saya berasa sungguh berpuas hati kali ini kerana saya dapat membeli banyak baju dan aksesori di pusat membeli-belah itu. Saya juga sukai berjalan-jalan di Petaling street ini kerana saya boleh mendapati banyak barang dengan harga yang murah. Tetapi malangnya, jam tangan yang saya baru sahaja beli di situ rosak setelah terjatuh dari gengaman tangan saya.
Sebelum kami berangkat ke Singapura pada esok harinya, kami sempat membeli-belah di pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza dan Sungei Wang Plaza. Tetapi saya tidak membeli apa-apa disitu kerana tiada benda yang menarik perhatian saya. Setelah penat berjalan, kami berehat di kafe Starbucks untuk berehat dan menikmati permandangan di situ. Masa berjalan dengan pantas dan kami terpaksa pulang ke Singapura pada jam 3 petang. Sedang dalam perjalanan ke Singapura, saya kurang sihat. Kepala saya mula pusing dan saya ingin termuntah sekali lagi. Setibanya di kastam Singapura, saya tidak boleh berjalan laju kerana kepala saya sangat pening. Tetapi pengalaman saya menaiki koc itu adalah satu pengalaman manis bagi saya kerana inilah kali pertama saya menaiki koc ke destinasi percutian saya.